mencintai sahabat kerana Allah :)
"kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya
seorang sahabat kepada saya
"menccintaimu kerana Allah," ringkas jawab saya
kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. riak muka tidak puas hati lagaknya.
"menccintaimu kerana Allah," ringkas jawab saya
kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu
sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu
setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh
menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru
sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. berfikir tentang kata2 sahabat sebentar tadi.
terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. berfikir tentang kata2 sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju,
bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu
sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau.
Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja.
Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat
dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai
yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu
menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga
timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.
maknanya jangan berkasih sayang lah?
maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan.
Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana
Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
tidak cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa
cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan
nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika
ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan
syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di
dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu
cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya
mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua
muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara
satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang
berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar
(melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala
berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar
tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda
jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua,
bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang
mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya
mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend,
teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap
perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan
mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di
hati.
layanan istimewa untuk sahabat
ana mahu mengingatkan kalian tentang
kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu
dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman
baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat
persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga
dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah,
belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada
kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang,
kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam
mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda:
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan
dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan
karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram
darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan)
niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan
kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan
ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar
berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan
kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya
sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran
sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita
membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para
sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan
anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah
hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga
tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar