Senin, 16 Desember 2013

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjap1xFsrIqHB7CoIQZUlUeoZZw26ho9UlKmYkUaLTJ-2Odu909EAvEkFBkoqFVznlnyQ7TIAzuXIo56gq3xOZz3quI0UIzZiitbrOD5KId6k5ONVLsF2DaLIIizQdxcFMytTF9jhhi2EQ/s400/pizap.com10.60897015407681471360389725452.jpg

In The Name of Allah. Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang kapada saya untuk terus mengulurkan pena. Moga post kali bermanfaat buat antum semua. Selamat membaca.

.REMAJA. Biasanya generasi ini sering dikaitkan dengan keliaran, dan ketidakfahaman akan hala tuju hidup. Majoriti gejala social dan kerosakkan akhlak sering sahaja dihubungkan dengan kumpulan ini.
 Memang sekiranya kita lihat remaja adalah saat diri seseorang berperang untuk memilih kehidupannya. Pada saat ini, semangat, kekuatan, pemikiran semuanya berada pada tahap paling maksimum. Namun, ramai yang terdorong kea rah keseronokan dunia semata.
 Hal ini kerana, remaja tidak dipersiapkan dengan asas yang kukuh untuk membina peribadi mereka. Maka, perkara ini perlu diselesaikan agar hari esok tidak gelap buat masayarakat. Hal ini adalah kerana remaja ini penting. Saham masa hadapan manusia.

Remaja Imej Masyarakat
 Kalau kita perhatikan dengan baik, yang mencorak warna masyarakat kita adalah golongan remaja. Kita boleh lihat pada Hari Sambutan Tahun Baru contohnya. Yang akan memenuhi padang2 adalah remaja.Yang banyak kita lihat di kompleks membeli belah, di jalan-jalan juga adalah remaja. Manusia lebih gemarmelihat remaja untuk menilai keadaan.
 Kalau baik remaja, maka baiklah masyarakat. Itu pandangan orang ramai. Hatta Dr Yusuf al- Qadrawi juga pernah berkata, “ Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masayrakat, maka lihatlah remajanya pada hari ini”.
  Oleh kerana itu, semua perlu sedar betapa remaja ini tidak boleh ditinggalkan. Yang veteran perlu melihat bahawa remaja adalah asset mereka. Yang remaja pula perlu sedar akan kepentingan diri mereka kepada masyarakat. Jatuh bangun masyarakat, terletak pada remaja ini.
Masa Hadapan di Tangan Kalian
 Adalah perlu untuk dirasakan kepentingan ini. Remaja perlu memandang bahawa akan tiba satu hari, dia sudah tiada lagi tempat bergantung. Dirinyalah yang perlu mencorakkan keadaan pada hari itu. Sekiranya dia tidak mempersiapkan dirinya hari ini, maka pada hari itu dia akan merana dan terdorong dalam kerosakkan.
 Lebih buruk lagi, kerosakkan yang akan dilakukan pada hari itu, kesannya bukan pada dirinya sendiri. Tetapi juga pada keluarga dan masyarakat seluruhnya. Sekiranya remaja hanya sedar perkara ini bila mereka sudah bukan lagi remaja, segala-galanya ketika itu sudah terlewat. Hal ini kerana tiada waktu yang boleh diputarkan.
  Justeru, remaja perlu sedar akan kepentingan ini. Masyarakat juga perlu sedar akan kepentingan remaja. Sepatutnya, orang tua dan remaja perlu bersatu lengkap-melengkapi dalam membina masa hadapan ini. Orang tua berusaha dengan mendidik remaja, manakala remaja berusaha mempersiapkan dirinya.
Hal ini kerana, remaja adalah sangat penting.!!


Tidak ada komentar:

Posting Komentar